Countdown...

Followers

Top 10 Members

Thursday, December 17, 2009

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431H

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..kepada semua kengkawan blogger...
” Ya Allah…Sempena Ma’al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca blog ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.
Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara
terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara
berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah -
satu amalan yang diperintah Allah.
Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan
permulaan tahun baru bagi takwin Islam.
Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi.
Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a
dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus.
Hijrah bukanlah asing dalam Islam
dan ia adalah sebahagian daripada Islam.
Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi,
apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini
bolehlah dimulakan sekarang.
Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan.
Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat
berazam untuk mula bersolat,
mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu
berazam untuk melengkapkan solat lima waktu
dan mereka yang bersolat lima waktu
berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah,
syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t.
akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan
yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata,
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.
Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H



Cutest with nice smile contest

Pagi ni blogwalking ke blog kengkawan ...
& sempat le menjengah ke blog kak rina a.k.a cutemiut
terpandang la contest yang kak rina join ...
contest ni di anjurkan oleh &ita Maternity Online Store
so, apa lagi teringin gak le nak mencuba nasib kannn...
mana la tau ada rezeki ...
hi hi hi ....
tarikh tutup utk contest ni 23hb Disember 2009

dan hadiah nya pula ialah .....jeng..jeng...jeng....


Long Sleeve cardigan dengan colour pilihan sendiri

+


Boleh pilih socks ni nak yang mana.


Set of 2 Combimini slip socks


OR



MikiHouse Socks

untuk join senang je ....
tempek banner kat website memasing
pastu letak le gambar baby with smile
ala2 yang paling kiut la kannn...


& email kan penyertaan kat

anidanitakanapi@yahoo.com


bagi le semua detail kat situ ...

dan gambar yang fiza nak tempek tu ialah ....

gambar ni ....


gambar si budak botak ....

Aneesa Dania....

kepada sesape yang nak join tu leh la klik sini ....




>>babai<<




Tuesday, December 15, 2009

Thanks to Ena Qalinsya


sblum ni ada la ena mntk fiza address

ktanya nak bg pezen untuk baby Dania

& kebetulan ena ada gak jual One Drop Perfume

so, fiza pun beli la sekali ngan Ena..

dengan itu jimat la kos penghantaran tu ...

he he he

(adakah daku mengambil kesempatan)

tak kot ....kan ena kannn....

smlm sblum balik half day tu ...

brng tu dah sampai ...

sbb fiza guna address opis ...

happy la sesangat ...

so ...kepada Ena Qalinsya ...

TERIMA KASIH BANYAK2 ....





pada sesape yg masuk blog ena mesti pernah nampak kotak kasut ni kan ....

ihiks .....







>>babai<<

Aneesa Dania 3 Bulan....






13hb ari tu genap le Aneesa Dania 3 bulan
smkin hari nmpak dah beza mukanya tu ...
skrg ni bkan main lg klu main ngan dia tu
dah kluar dah suara dia jerit2 tu ...
siap gelak2 lagi ...
smlm bwk Dania gi klinik ...biasa le kena cucuk utk 3 bulan
balik je dr klinik smlm cepat2 bagi mkn ubat demam
Dania terus tidur je ...
tp tup2 bngun je dari tido tu terus dia memanjang nangis
ngeri gak masa tu ...tak tau le knp ...
cepat2 sapu minyak kat perut dia ....
& buat mcam2 gak le smlm nak bagi dia diam
pagi ni rasa badan dia ada la panas skit2 ...
harap2 Dania cepat baik ye sayang ...




>>babai<<

Wednesday, December 2, 2009

Membuang Toksid

assalamualaikum wahai kengkawan yang sudi menjengah ke blog ni ...
skrg ni jarang2 plak aku ni nak menjengah ke blog sendiri ...blog kengkawan lain pun x sempat nak menjengah.... almaklum ler diawal2 bulan ni kan...kerja pun berlambak le jugak.. ari ni ada la masa skit utk mengupdate blogku ini ...
ni pun nak citer pasal produk2 DCL yang telah aku cuba skrg ni ...
semenjak 2 menjak ni susah plak time aku nak membuang...sembelit la tu ...so, ari tu ada le borak2 ngan member aku tnya le dia ada penyelesaian tak utk masalah aku ni...
so, dia sebagai agen DCL apa lagi, syorkan le aku mkn inte-cleance ...
untuk melawaskan pembuangan, membersih & membina usus ...boleh jgk utk menurunkan berat badan .....ye la bila benda2 yg tk perlu dalam badan , leh kurus la maknanya kan...
boleh jgk untuk mengatasi stress, penghadaman & juga untuk sesape yg paras hormonnya rendah....
ye la ...kita mkn mcam2 kan...yg kluarnya sebahagian je ..yg selebihnya semua terkumpul dlm badan ...
nak2 plak klu yg ada sembelit tu...mcm2 penyakit leh jadi ...klu dah mkn ni leh la bersihkan usus tu skit ....
aku pun baru jgk cuba benda ni ....baru sekali makan aku rasa sistem pembuangan tu ok la skit ...
xde la berjam2 aku duk kat dlm tu ....
dan lg satu aku mkn amazing...
actually aku beli ni untuk anak aku sbnrnya ...si farisha tu...
dia pun sembelit la jugak ....ari tu dekat 2 jam duk kat dlm toilet ....
kejap kluar ...kejap masuk balik ....sampai ke sudah tak kluar2 pun hasilnya tu ...siap tidur pakai pampers lagi ...esoknya baru le kluar najisnya tu ....he he he ...tp masalah nya dia taknak plak mkn madu amazing tu ...ada plak dia ckp busuk benda alah tu ...
huhhhh....geram sungguh mamanya ni ....
tp bila dia tgk baby dania mkn ..baru le dia nak mkn ..tp tu le sikit la sngt....
madu amazing ni plak bagus untuk membina usus...& klu ada luka2 dalaman tu elok sgt le mkn ni ....utk org yg ada gastrik, asma pun bagus gak ....bnyk le kelebihannya ....ye la madu kan...
nak2 plak ada mcm2 dlm madu ni ..kurma merah, buah zaitun, habatussauda...& mcm2 lg la...
& lg satu produk DCL yang aku makan ialah kopi Red Guara...
yg ni plak utk tenaga la ...klu letih2 ke ...berpuasa ...mmg bagus sgt le minum kopi ni ...
klu utk turunkan berat badan pun leh minum kopi ni ...sebab dia mengenyangkan ....
so, kepada kengkawan yg ada masalah pembuangan tu boleh le cuba2 produk2 DCL ni ...boleh nampak hasilnya nanti ...
chewahhh...bukan main lg aku ni mempromote....



>>babai<<


Wednesday, November 25, 2009

Gambar Dania

seperti yang dijanjikan ...
gambar Aneesa Dania di pagi raya ...

he he he ...
masa raya ari tu Dania baru seminggu je ...
x pakai baju raya pun ...
kena tunggu tahun depan gamaknya ...
baru ler beraya sakan ...





cebik mencebik ....

dan akhirnya

uwarrrgghhhh.......

itu saje la setakat ni yer ...

rasa cam bnyk sgt je nak tempek ni ...

tp akan bersambung lg nanti ...

hu hu hu ...

>>babai<<

Layan Gambar ye....


Ari ni xde apa yg nak di updatekan pun
cuma nak tempek le gmbar2 yang agak basi ni je ...
ye la gmbar hari raya ari tu
almaklum ler aku kan x beraya tahun ni
so, lmbat ler nak menempeknya ...
yg ada pun gmbar farisha & dania ni je la ...

so......LAYANNN....
he he he...







ni anak dara kakak aku ni a.k.a anak sedara aku ler
>>Alisha Alyaa<<













sian farisha, tahun ni tak beraya sgt pun...

so, ikut mak aku gi marhaban je la ...

sat gi aku tempek gmbar baby masa raya yer ...

tunggguuu....

>>babai<<